Parti_Melayu_Semangat_46
Parti_Melayu_Semangat_46

Parti_Melayu_Semangat_46


Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan. Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO Baru. Oleh sebab itu, Mahathir Mohamed menyeru PAS supaya mengikut jejak S46 dan menyertai UMNO demi menyatukan semula bangsa Melayu di bawah satu parti. Namun beberapa tokoh parti semangat 46 yang tidak bersetuju dengan penyertaan kembali parti ini ke dalam UMNO bertindak keluar parti. Surat bantahan telah diserahkan oleh Ketua Pemuda Semangat 46 iaitu Tuan Haji Yusoff Bin Awang Deramam kepada pemimpin UMNO ketika itu. Sokongan lebih 10,000 penyokong parti Semangat 46 kepada tindakan Ketua Pemuda mereka ini telah disusuli dengan tindakan mereka menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beberapa cawanagan Semangat 46 telah menyertai parti PAS di Kelantan seperti di Parlimen Machang, Parlimen Nilam Puri dan Kota Bharu.