Parti_Nasional_New_Zealand

Parti Nasional New Zealand (Bahasa Māori: Rōpū Nāhinara) merupakan sebuah parti politik pertengahan kanan di New Zealand dan merupakan salah satu dua parti terbesar dalam politik New Zealand. Parti ini diasaskan pada tahun 1936 melalui penggabungan parti Bersatu dan Reformasi, sekali gus menjadikannya sebagai parti politik kedua tertua dalam negara itu.[2]Setakat April 2012, Nasional mempunyai kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat New Zealand iaitu 59 kerusi daripada jumlah keseluruhan 121 kerusi. Sejak November 2008, parti ini menjadi pemerintah negara dan membentuk kerajaan minoriti dengan sokongan tiga parti kecil yang lain.