Parti_Negara
Parti_Negara

Parti_Negara

Parti Negara adalah sebuah parti politik berasaskan orang Melayu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin Parti Kemerdekaan Malaya pada 1953, dan telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 1954. Pengasasnya ialah Dato Sir Onn Jaafar, presiden pertama parti United Malays National Organisation (UMNO), selepas beliau kalah dalam suatu perebutan kuasa dalaman parti.Parti ini di mana secara perlembagaannya adalah pelbagai bangsa, mencari untuk mencipta ruang bagi dirinya sebagai kuasa ketiga dalam tahun lima puluhan dan awal enam puluhan tetapi telah gagal. Parti ini tidak mendapat sokongan signifikan masyarakat orang Melayu, dan telah diperlekehkan oleh Perikatan yang diteraju UMNO atas tuduhan cauvinisme. Satu-satunya kerusi Parlimen Malaysia yang Parti Negara pernah menang adalah dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 di Terengganu oleh Dato Onn sendiri. Dengan kematian Dato Onn pada 1962, Parti Negara turut mati secara politiknya. Kerusi yang Dato Onn menang kemudiannya telah dimenangi balik Perikatan pada pilihan raya kecil yang diadakan.

Parti_Negara

Diasaskan February 1954
Ideologi Nationalism
Pengasas Onn Jaafar
Dibubarkan 19 January 1962