Parti_Perhimpunan_Kebangsaan
Parti_Perhimpunan_Kebangsaan

Parti_Perhimpunan_Kebangsaan

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK) atau National Convention Party ditubuhkan oleh Abdul Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian (1955-1963), setelah beliau meletak jawatan kabinet dan kemudian disingkirkan dari UMNO dan PERIKATAN pada 1963 sejurus selepas kekecohan Konfrontasi Indonesia-Malaysia.[1] PPK telah menyertai gabungan berhaluan kiri Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) atau dikenali hanya Barisan Sosialis (SF) yang terdiri darpada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM). Peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia telah medorong kerajaan mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik dan aktivis-aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin Barisan Sosialis telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Abdul Aziz Ishak (presiden PPK), Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain. Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam[2] dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". Presiden PPK, Abdul Aziz Ishak yang dituduh sebagai pembelot dan bersekongkong dengan agen Indonesia untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan ditahan antara 1965 dan 1966 di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Parti_Perhimpunan_Kebangsaan

Diasaskan 1963
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Ketua Abdul Aziz Ishak
Dibubarkan 1965