Parti_Rakyat_Bersatu_Sarawak
Parti_Rakyat_Bersatu_Sarawak

Parti_Rakyat_Bersatu_Sarawak

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: "فرتي رعيه برساتو سراوق" ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak.Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan antara parti politik yang tertua. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak. Walau bagaimana pun, pada 12 Jun 2018, SUPP mengumumkan secara sah bahawa mereka keluar daripada Barisan Nasional,[1]dan membentuk parti baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama bekas parti-parti komponen Barisan Nasional Sarawak.Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen. Bagi mempromosikan dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang ketinggalan dalam ekonomi.

Parti_Rakyat_Bersatu_Sarawak

Diasaskan 1959
Pengerusi Permuda Michael Tiang
Setiausaha-Agung Sebastian Ting Chiew Yew
Ideologi Nationalisme
Warna rasmi Kuning, Merah, Hitam
Sayap Wanita SUPP Wanita
Akhbar SA 'ATI (United)
Pengerusi Wanita Kho Teck Wan
Dewan Negara:
1 / 70
Timbalan Presiden Richard Riot Jaem
Ibu pejabat 7, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, 93300 Kuching, Sarawak
Sayap belia SUPP Pemuda
Presiden Sim Kui Hian
Dewan Rakyat:
1 / 222
Penggabungan nasional Perikatan (1970–73)
Barisan Nasional (1973–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–)