Parti_Sosialis_Malaysia
Parti_Sosialis_Malaysia

Parti_Sosialis_Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Sosialis Malaysia (singkatan: PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia. PSM ditubuhkan hampir sembilan tahun setelah Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya PSM dapat pendaftaran pada 19 Ogos 2008 setelah penyelesaian kes itu di luar mahkamah.Akhirnya pada 10 September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR.