Pasangan_berlingkar
Pasangan_berlingkar

Pasangan_berlingkar

Kabel Pasangan berlingkar atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di dalam rangkaian komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di dalam kebanyakan jenis rangkaian kabel twisted pair yang popular. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. twisted pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi twisted pair bergantung kepada jumlah bilangan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel. Twisted pair juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon.Twisted pair digunakan untuk sambungan ethernet, kabel twisted pair yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilin. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah penyambung kepada kabel twisted pair.