Pasir
Pasir

Pasir

Pasir ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus.Menurut takrifan yang digunakan oleh pakar kaji bumi, bijiran pasir bersaiz ukur lilit antara 0.0625mm (atau 1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap bijiran dalam julat saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu, dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piwaian). Saiz lebih kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga 0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm.[1] Pasir berasa kesat apabila digeser antara jari (lumpur, sebagai perbandingan, berasa seperti tepung).ISO 14688 menggred pasir sebagai halus, sederhana, dan kasar dengan julat 0.063 mm hingga 0.2 mm hingga 0.63 mm hingga 2.0 mm. Di Amerika Syarikat, pasir biasanya dibahagi antara lima kategori kecil berdasarkan saiz: pasir amat halus (1⁄16 - 1⁄8 mm diameter), pasir halus (1⁄8 mm - 1⁄4 mm), pasir sederhana (1⁄4 mm - 1⁄2 mm), pasir kasar (1⁄2 mm - 1 mm), dan pasir amat kasar (1 mm - 2 mm). Saiz ini berdasarkan pada saiz zarah skala fi Krumbein, di mana saiz dalam Φ = -log base 2 bagi saiz dalam mm. Pada skala ini, untuk pasir nilai Φ berbeza antara -1 hingga +4, dengan pembahagian antara kategori kecil sebagai nombor bulat.