Pasir_Puteh,_Kelantan
Pasir_Puteh,_Kelantan

Pasir_Puteh,_Kelantan

Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama "Pasir Puteh".[2]Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang. Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.Jajahan Pasir Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Kampung Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).Menjelang 2017, Pasir Puteh bakal mencapai status perbandaran penuh dan dinamakan Majlis Perbandaran Pasir Puteh.