Pasport

Pasport ialah dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh sebuah kerajaan negara yang biasanya mengenal pasti pemegangnya sebagai warganegara negara yang mengeluarkan dokumen itu, dan meminta agar pemegang dibenarkan masuk dan melalui negara-negara lain.Pasport-pasport dikaitkan dengan hak perlindungan undang-undang di luar negeri, dan hak untuk kembali ke negara kewarganegaraan sendiri. Pasport-pasport biasanya mengandungi gambar foto, tandatangan, tarikh kelahiran, kewarganegaraan, dan kekadangnya cara-cara yang lain untuk mengecam identiti seseorang. Banyak negara adalah dalam proses untuk mengembangkan ciri-ciri biometri dalam pasport mereka supaya dapat mengesahkan dengan lebih pasti bahawa orang yang menyerahkan pasport adalah pemegang yang sah.[1]Pasport menentukan kewarganegaraan, tetapi tidak semestinya kewarganegaraan atau tempat kediaman pemegang pasport. Pemegang pasport biasanya berhak untuk memasuki negara yang mengeluarkan pasport, walaupun sesetengah orang yang berhak mendapat pasport mungkin tidak menjadi warganegara penuh dengan hak tempat tinggal. Pasport adalah dokumen yang mengesahkan identiti dan kewarganegaraan; mempunyai dokumen itu tidak dengan sendirinya memberikan apa-apa hak, seperti perlindungan oleh konsulat negara yang mengeluarkan pasport, walaupun ia mungkin menunjukkan bahawa individu itu mempunyai hak-hak tersebut. Sesetengah pasport membuktikan status sebagai diplomat atau pegawai lain, berhak mendapat hak-hak dan keistimewaan sebagaimana kekebalan daripada penangkapan atau pendakwaan,[1] yang timbul daripada perjanjian antarabangsa.Banyak negara biasanya membenarkan kemasukan kepada pemegang pasport negara lain, kadang-kadang memerlukan visa, tetapi ini bukanlah hak automatik. Banyak keadaan tambahan lain, seperti tidak dikenakan pertuduhan atas sebab kewangan atau lain-lain, dan pemegang itu tidak pernah menjadi disabitkan dengan jenayah, mungkin boleh diterima pakai.[2] Bagi negara yang tidak mengiktiraf negara lain, atau ada perselisihan dengan negara itu, ia boleh melarang penggunaan pasport mereka untuk perjalanan ke negara tersebut, atau boleh melarang kemasukan kepada pemegang pasport negara tersebut, dan kadang-kadang kepada orang lain yang pernah, sebagai contoh, melawat negara tersebut.Beberapa negara dan organisasi antarabangsa mengeluarkan dokumen perjalanan yang bukan pasport standard, tetapi membolehkan pemegang untuk melakukan perjalanan antarabangsa ke negara-negara yang mengiktiraf dokumen itu. Sebagai contoh, orang yang tanpa kewarganegaraan biasanya tidak dikeluarkan pasport kebangsaan, tetapi mungkin boleh mendapatkan dokumen perjalanan pelarian atau "pasport Nansen" yang membolehkan mereka untuk melakukan perjalanan ke negara-negara yang mengiktiraf mereka, dan kadang-kadang untuk kembali ke negara yang mengeluarkan dokumen itu.[3]Sesebuah negara boleh mengeluarkan pasport untuk mana-mana orang, termasuk bukan warganegara.Pasport sering diterima, di negara tempat ia dikeluarkan dan di tempat lain, sebagai bukti pengenalan yang boleh dipercayai, yang tidak berkaitan dengan perjalanan.[4]

Rujukan

WikiPedia: Pasport http://www.bmlv.gv.at/truppendienst/ausgaben/artik... http://www.theage.com.au/federal-politics/politica... http://php.ug.cs.usyd.edu.au/~jnot4610/bibref.php?... http://www.dfat.gov.au/geo/torres_strait/index.htm... http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice... http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice... http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice... http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice... http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice... http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice...