Pasukan_Operasi_Khusus_Rusia
Pasukan_Operasi_Khusus_Rusia

Pasukan_Operasi_Khusus_Rusia

Pasukan Operasi Khusus Rusia, atau SOF (Bahasa Rusia: Силы специальных операций; ССО, tr. Sily spetsial’nykh operatsii; SSO)[5][6] adalah pasukan khas peringkat strategik dibawah Markas Pasukan Operasi Khusus (Bahasa Rusia: командование сил специальных операций; KCCO, tr. Komandovanie sil spetsial’nalnykh operatsii; KSSO, atau KSO)[6] bagi Staf Am[6] dalam Angkatan Tentera Rusia.Unit pertama yang menjadi Pasukan Operasi Khusus telah dipindahkan dari GRU pada tahun 2009 sebagai sebahagian daripada pembaharuan tentera Rusia 2008 yang berterusan.[7] Markas Pasukan Operasi Khusus telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan diumumkan pada Mac 2013 oleh Ketua Turus Am Valery Gerasimov.[8][9] Menurut Gerasimov, SOF telah di reka sebagai satu aset peringkat strategik, yang misi utamanya adalah campur tangan luar negeri, termasuk sabotaj dan operasi anti-keganasan.[10][11] SOF tidak termasuk mana-mana cabang angkatan tentera Rusia dan berbeza dari Pasukan Khas Direktorat Utama Staf Am Angkatan Tentera Rusia sehingga tahun 2010 adalah dibawah Direktorat Utama Perisikan (GRU) dan yang mana subordinat berikutnya nampak tidak jelas.[12][8] SOF Rusia dikendalikan secara eksklusif oleh anggota profesional yang diupah secara kontrak, dalam posisi pegawai bertauliah.[8]Pada Februari 2015, Presiden Rusia Vladimir Putin memutuskan bahawa tarikh 27 Februari sebagai Hari SOF untuk menandakan, menurut media berita rasmi Rusia (walaupun tidak diakui secara rasmi), penubuhan kawalan Rusia ke atas bangunan Majlis Tertinggi Republik Autonomi Crimea di Simferopol, Ukraine, pada Februari 2014.[13][7][8]

Pasukan_Operasi_Khusus_Rusia

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_Operasi_Khusus_Rusia http://publications.gc.ca/collections/collection_2... http://www.globalsecurity.org/intell/world/russia/... http://encyclopedia.mil.ru/encyclopedia/dictionary... https://www.janes.com/images/assets/299/46299/The_... https://www.news24.com/World/News/regime-forces-ad... https://russian.rt.com/russia/article/486937-den-s... https://sputniknews.com/middleeast/201703031051229... https://web.archive.org/web/20150910210020/http://... https://web.archive.org/web/20170906142614/http://... https://web.archive.org/web/20171011233020/https:/...