Pasukan_Pertahanan_Israel

Angkatan Pertahanan Israel (Bahasa Inggeris: Israel Defense Forces, disingkatkan kepada IDF; Bahasa Ibrani: צְבָא הַהֲגָנָה לְיִשְׂרָאֵל‎,  Tzva HaHagana LeYisra'el (bantuan·maklumat), disingkatkan kepada Tzahal (צה"ל‎) ialah angkatan tentera negara Israel yang mengandungi angkatan tentera darat, tentera udara dan tentera laut. Ia merupakan sayap ketenteraan tunggal Pasukan Keselamatan Israel, dan tidak mempunyai undang-undang awam di dalam Israel. IDF diketuai oleh Ketua Turus Angkatan Tentera, subordinasi kepada menteri Pertahanan Israel; Ketua Turus Angkatan Tentera, semenjak 2007, adalah Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi.Angkatan Pertahanan Israel secara rasminya dibentuk dari Haganah di bawah arahan Menteri Pertahanan, David Ben-Gurion pada 26 Mei 1948, sebagai satu tentera kerahan, dan menyatukan tiga organisasi bawah tanah — Kumpulan Haganah (termasuklahPalmach), Irgun dan Lehi. Ia berkhidmat sebagai angkatan tentera Israel di dalam kesemua peperangan negara tersebut — Perang Arab–Israel 1948, Peperangan Sinai 1956, Perang Enam Hari 1967 , Peperangan Atrisi, Peperangan Yom Kippur 1973 , Perang Lebanon 1982 dan Perang Lubnan 2006. Angkatan Pertahanan Israel berbeza daripada kebanyakan angkatan tentera di dunia di dalam banyak perkara, termasuklah kerahan tenaga wanita, struktur, dengan hubungan rapat di antara tentera darat, laut dan udara. Semenjak penubuhannya, IDF telah berusaha untuk menjadi satu pasukan tentera yang unik bersesuaian dengan keperluan khusus Israel, dan sudah membangunkan banyak teknologi tempatan, seperti kereta kebal utama jenis Merkava, submesingan Uzi, dan senapang serangan jenis Galil dan Tavor. Ia juga mempunyai hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat yang rapat,[6] sehingga badan tersebut sering mendapatkan bantuan kewangan daripada AS yang juga memelihara kerjasama pembangunan, seperti jet F-15I , sistem pertahanan laser jenis THEL, sistem pertahanan misil Arrow dan sebagainya.

Pasukan_Pertahanan_Israel

Umur ketenteraan 18
Sumber bagiperkhidmatan tentera 1,499,186 lelaki, tahun 17-49 (2000 ang.),
1,462,063 females, age 17-49 (2000 ang.)
Sesuai bagibr/>perkhidmatan tentera 1,226,903 males, age 17-49 (2000 ang.),
1,192,319 females, age 17-49 (2000 ang.)
Kerahan Tenaga 18
Mencapai tahap umurkerahan tentera tahunan 50,348 males (2000 ang.),
47,996 perempuan (2000 ang.)
Pembekal luar negara  Czechoslovakia (1948)[2]
 France (1955–1966)[3]
 United States (1968–present)[4]
 Germany (1998–present)[5]
Belanjawan $18.7 billion (FY99)
Peratus GDP 9.4% (FY99)
Kakitangan aktif 177,000[1] (ranked 30th)