Pasukan_Polis_Singapura

Pasukan Polis Singapura (Singapore Police Force, SPF; Bahasa Cina: 新加坡警察部队; Bahasa Tamil: சிங்கப்பூர் காவல் துறை) - atau nama dahulunya Polis Repablik Singapura (Bahasa Inggeris: Republic of Singapore Police) - merupakan jabatan utama yang bertugas menjaga undang-undang dan ketenteraman awam di negara Singapura.[1]. Pasukan ini telah berkembang daripada sebuah organisasi kecil yang dianggotai 11 orang kakitangan. Walaupun mempunyai nisbah polis-warga negara yang lebih kecil berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain,[2] Singapura telah secara konsisten mencapai kedudukan tempat kelima dan teratas di dalam Global Competitiveness Report mengenai hal kebolehpercayaan perkhidmatan polis.[3]Struktur organisasi SPF dibahagikan kepada 32 jabatan secara menyeluruh. Ibu Pebajatnya terletak di New Phoenix Park di Novena, bersebelahan dengan blok kembar yang diduduki Kementerian Dalam Negeri.