Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_China
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_China

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_China

Pasukan bola sepak kebangsaan China juga dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Rakyat China oleh FIFA (Cina Ringkas: 中国国家足球队; Cina Tradisional: 中國國家足球隊; pinyin: :Zhōngguó Guójiā Zúqiú Duì) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Republik Rakyat China. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak China.Pasukan bola sepak China pernah melayakkan diri ke Piala Dunia 2002 tetapi tewas kesemua perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol. Meskipun gagal menyerlah pada Piala Dunia, kejayaan China melayakkan diri ke Piala Dunia dianggap sebagai pencapaian yang membanggakan.Selepas Hong Kong yang dikuasai United Kingdom, dan Makau yang dikuasai Portugal dikembalikan kepada Republik Rakyat China, kedua-dua pasukan bola sepak kawasan pentadbiran khas ini diberi kebenaran untuk terus berada dalam FIFA. Kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Hong Kong, China dan Makau, China.Pada masa kini, bola sepak menjadi salah satu sukan yang popular di Republik Rakyat China. Seramai 300 juta orang yang menyaksikan China bermain di Piala Dunia dan 170 juta membeli set televisyen baru untuk menyaksikan China di Piala Dunia. Seramai 250 juta orang menyaksikan perlawanan akhir Piala Asia 2004. Jumlah ini merupakan jumlah terbanyak dalam sejarah sukan China.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_China

Kedudukan tertinggi FIFA 37 (Disember 1998)
Kedudukan terendah FIFA 104 (Januari 2009)
Kapten Zheng Zhi
Kemunculan 12 (Kali pertama pada 1976)
Kedudukan Elo 52
Kaps terbanyak Li Ming (141)
Kod FIFA CHN
Ketua jurulatih Alain Perrin
Kedudukan tertinggi Elo 26 (Oktober 2001)
Sub-konfederasi EAFF (Asia Timur)
Persatuan Persatuan Bola Sepak China
Penjaring terbanyak Hao Haidong (41)
Keputusan terbaik Naib Juara (1984, 2004)
Konfederasi AFC (Asia)
Stadium tuan rumah Stadium Pekerja
Kedudukan FIFA 75 ▼ 6 (28 November 2019)[1]