Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Korea_Selatan

Pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan juga dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Koreaoleh FIFA, merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Republik Korea atau Korea Selatan dalam pertandingan bola sepak antarabangsa. Pasukan ini dikenali sebagai Korea Selatan dan dikenali dengan nama Republik Korea oleh FIFA. Pasukan ini dianggap sebagai pasukan yang paling berjaya di pentas bola sepak Asia. Sejak berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1948, Korea Selatan berjaya layak sebanyak tujuh kali ke Piala Dunia FIFA. Korea Selatan turut memecahkan rekod jirannya Korea Utara apabila mara ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2002 di bumi sendiri dengan mengejutkan pasukan Portugal, Itali, dan Sepanyol. Pasukan ini memegang rekod selaku pasukan terbaik Asia di pentas Piala Dunia.[3] Sejak itu mereka meningkatkan kemampuan mereka untuk bermain di luar negara dan mampu mencapai Pusingan 16 di Piala Dunia 2010. Mereka juga memenangi dua edisi pertama dari Piala Asia pada tahun 1956 dan 1960, menduduki tempat kedua pada tahun 1972, 1980, dan 1988, dan ketiga pada tahun 2000, 2007, dan 2011.Pasukan ini biasanya digelar "The Reds" oleh kedua-dua peminat dan media kerana warna kit utama mereka. Ini membawa kepada pembentukan sebuah kumpulan sokongan rasmi disebut sebagai Red Devils pada tahun 1995.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Korea_Selatan

Kedudukan tertinggi FIFA 17 (Disember 1998)
Kapten Ki Sung-Yueng
Kedudukan terendah FIFA 56 (Februari 1996)
Kemunculan 1 (Kali pertama pada 2001)
Kedudukan Elo 38
Kaps terbanyak Hong Myung-Bo (136)
Kod FIFA KOR
Ketua jurulatih Shin Tae-yong
Kedudukan tertinggi Elo 15 (Sep 1980, Jun 2002)
Sub-konfederasi EAFF (Asia Timur)
Persatuan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan
Penjaring terbanyak Cha Bum-Kun (58)
Keputusan terbaik Pusingan 1 (2001)
Konfederasi AFC (Asia)
Kedudukan terendah Elo 59 (Ogos 1967)
Kedudukan FIFA 41 ▼ 2 (28 November 2019)[1]
Gelaran Taegeuk Jeonsa (Pahlawan Taegeuk), Harimau Asia, Si Merah

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Korea_Selatan http://www.asiarooms.com/en/travel-guide/south-kor... http://www.enotes.com/topic/All_Joseon_Football_To... http://www.espn.com/soccer/fifa-world-cup/story/34... http://es.fifa.com/mm/document/fifafacts/mcwc/fifa... http://www.fifa.com/worldcup/preliminaries/asia/st... http://www.foxsportsasia.com/football/world-cup/89... http://sports.news.naver.com/sports/index.nhn?cate... http://english.yonhapnews.co.kr/culturesports/2018... http://www.kfa.or.kr/ http://www.kfa.or.kr/eng_renew/library/history.asp