Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Singapura
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Singapura

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Singapura

Pasukan bola sepak kebangsaan Singapura merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Singapura dalam pertandingan antarabangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura. Singapura merupakan salah sebuah pasukan yang berjaya di Asia Tenggara selain Thailand apabila berjaya mendominasi Kejohanan Bola Sepak ASEAN sebanyak 4 kali gelaran kejuaraan iatu pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.Pada kelayakan Piala Asia 2007, Singapura menjadi satu-satunya pasukan menewaskan Iraq dalam kempen perjalanan mereka ke Piala Asia. Singapura juga seri dengan China masing-masing 0-0 dan 1-1 di tempat mereka pada tahun 2006 dan 2009. Pada bulan Mac 2008, Australia juga gagal untuk mengalahkan Singapura apabila perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.Pada Januari 2007, Singapura mencapai kemenangan dengan rekod terbesar 11-0 menentang Laos dalam perlawanan Kejohanan Bola Sepak ASEAN.[6] Mohd Noh Alam Shah menjaringkan 7 gol dalam perlawanan itu.[6]Pesaing utama Singapura di pentas antarabangsa adalah jiran geografi mereka, Malaysia dan Indonesia ,perlawanan di antara kedua-dua pasukan sehingga sekarang dan masa lalu telah menghasilkan banyak drama. Selama bertahun-tahun, Singapura telah memasukkan beberapa pemain naturalisasi dalam pasukan seperti Mustafic Fahrudin dari Yugoslavia, Daniel Bennett dari England, Shi Jiayi dan Qiu Li dari Republik Rakyat China.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Singapura

Kedudukan tertinggi FIFA 73 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA 173 (Oktober 2017)
Kapten Hariss Harun
Kemunculan 1 (Kali pertama pada 1984)
Kedudukan Elo 170 ▲ 12 (25 November 2019)[4]
Kaps terbanyak Daniel Bennett (145)[1]
Kod FIFA SIN
Ketua jurulatih Tatsuma Yoshida
Kedudukan tertinggi Elo 103 (4 November 2009)
Sub-konfederasi AFF (Asia Tenggara)
Persatuan Persatuan Bola Sepak
Singapura
Penjaring terbanyak Fandi Ahmad (55)[2]
Keputusan terbaik Pusingan 1 (1984)
Konfederasi AFC (Asia)
Stadium tuan rumah Stadium Nasional Singapura
Kedudukan terendah Elo 196 (November 2016)
Kedudukan FIFA 157 ▲ 2 (28 November 2019)[3]
Gelaran The Lions