Patrick_Kluivert
Patrick_Kluivert

Patrick_Kluivert

Patrick Stephan Kluivert ([ˈpɛtrɪk ˈklœy̯vərt] ( listen); lahir 1 Julai 1976) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda dan kini berkhidmat sebagai direktor sukan bagi kelab Paris Saint-Germain di Perancis. Beliau sering bermain di posisi penyerang untuk kelab Ajax, Milan, FC Barcelona, Newcastle United, Valencia, PSV dan Lille.Beliau sebahagian daripada "Generasi Emas" Ajax pada era 1990an dan pada masa itu, beliau baru berusia 18 tahun. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 1995. Beliau kemudian meneruskan kariernya bersama Barcelona selama enam musim dan beliau bergandingan dengan penyerang Brazil, Rivaldo. Beliau merangkul dua kejuaraan La Liga dan satu trofi Copa del Rey.Kluivert mewakili pasukan kebangsaan Belanda dari tahun 1994 hingga 2004. Dengan 40 gol dalam 79 kemunculan antarabangsa, beliau menjadi penjaring terbanyak pasukan kebangsaan sebelum dikejutkan Robin van Persie pada 2013. Beliau mewakili Belanda ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan Piala Dunia 1998. Pada tahun 2004, beliau dinamakan Pelé dalam senarai FIFA 100, iaitu kumpulan pemain terhebat sepanjang zaman.Beliau memulakan kerjaya pengurusnya di AZ sebagai pembantu jurulatih dan seterusnya di NEC. Beliau pernah berkhidmat di Brisbane Roar di Australia dalam tempoh yang singkat sebelum sertai Jong FC Twente dan mengendali pasukan itu sehingga meraih kejuaraan liga. Beliau turut menjadi pembantu jurulatih Louis van Gaal dalam pasukan kebangsaan Belanda yang menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia 2014. Pada tahun 2015, beliau mengambil alih jawatan pengurus pasukan kebangsaan Curaçao untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan kelayakan Piala Caribbean 2017. Pada tahun 2016, Kluivert diumumkan akan menjadi pelatih Ajax A1 (bawah-19) dan mengendali anaknya, Justin Kluivert sebelum menjadi direktor sukan Paris Saint-Germain.

Patrick_Kluivert

1992 Belanda B8
2010 Brisbane Roar (pembantu)
2016 Ajax A1 (belia)
2004–2005 Newcastle United
2016– Paris Saint-Germain (direktor bola sepak)
1983–1984 Schellingwoude
2008–2010 AZ (pembantu)
2011–2012 Jong FC Twente
1998–2004 Barcelona
1990–1991 Belanda B16
1992–1994 Belanda B19
Nama penuh Patrick Stephan Kluivert
2010–2011 NEC (pembantu)
Posisi permainan Penyerang
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Tahun Pasukan
1984–1994 Ajax
2007–2008 Lille
Tarikh lahir (1976-07-01) 1 Julai 1976 (umur 43)
Kelab terkini Paris Saint-Germain (direktor bola sepak)
2006–2007 PSV
2005–2006 Valencia
2012–2014 Belanda (pembantu)
1997–1998 Milan
1994–1997 Ajax
1991–1992 Belanda B17
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
1994–2004 Belanda
2015–2016 Curaçao

Rujukan

WikiPedia: Patrick_Kluivert http://www.ajaxshowtime.com/article/voetbalnieuws/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.footballdatabase.com/site/players/index... http://www.patrick-kluivert.com http://www.pbase.com/tvw/image/71287225 http://www.rsssf.com/miscellaneous/kluivert-intlg.... http://nl.soccerway.com/coaches/patrick-kluivert/4... http://www.teamtalk.com/football/story/0,16368,303... http://www.uefa.com/uefaeuro/finals/history/memori... http://www.uefa.com/uefaeuro/news/newsid=1887223.h...