Paul_Allen
Paul_Allen

Paul_Allen

Paul Gardner Allen (lahir pada 21 Januari, 1953 - 15 Oktober 2018) ialah seorang pelabur dan dermawan Amerika Syarikat yang bersama-sama Bill Gates mengasaskan Microsoft dan merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi sebanyak US$13.5 bilion pada tahun 2010.Beliau ialah pengasas dan pengerusi Vulcan Inc., yang menguruskan perniagaan dan usaha dermanya. Paul Allen juga mempunyai portfolio pelaburan multi-bilion dollar termasuklah syarikat teknologi seperti Evri dan Gist, pemegang hartanah, dan kepentingan dalam teknologi lain, media, dan syarikat-syarikat content. Paul Allen juga memiliki dua pasukan sukan profesional,Seattle Seahawks dalam National Football League (NFL),[2] dan Portland Trail Blazers dalam National Basketball Association (NBA)[3]. Beliau juga merupakan pemilik sebahagian Seattle Sounders FC, yang menyertai Major League Soccer (MLS) pada 2009.[4] Memoir Allen "Idea Man: A Memoir by the Cofounder of Microsoft" akan diterbitkan pada 19 April, 2011 dan petikan terperinci telah diterbitkan pada isu Mei 2011 Vanity Fair.[5]

Paul_Allen

Pekerjaan Pengerusi, Vulcan Inc.
Meninggal dunia 15 Oktober 2018 (umur 65)
Kelahiran (1953-01-21)21 Januari 1953
Seattle
Nilai bersih ▲ US$13 bilion (2011)[1]
Kediaman Mercer Island, Washington