Paun_(jisim)

Rencana ini adalah mengenai unit berat. Untuk unit daya, sila lihat paun-daya. Untuk kegunaan yang lain, lihat Paun.Paun (singkatan: lb, atau kekadang di Amerika Syarikat, #) ialah unit berat dalam sebilangan sistem yang berbeza, termasuk berbagai-bagai sistem unit berat yang merupakan sebahagian unit Inggeris, unit imperial, dan unit kebiasaan Amerika Syarikat. Saiznya berbeza-beza antara satu sistem sama lain. Paun yang paling banyak digunakan pada hari ini ialah paun avoirdupois antarabangsa.Perbezaan antara jisim dan berat (atau daya) serta perkembangannya dibincangkan dalam rencana berat. Dalam sesetengah keadaan, paun digunakan sebagai nama untuk unit daya. Penggunaan ini dibincangkan dalam rencana paun-daya (suatu unit daya yang berdasarkan satu paun (avoirdupois) dan pecutan graviti di permukaan Bumi).