Paus_John_Paul_II

Paus Ioannes Paulus II (Bahasa Inggeris: John Paul II; Bahasa Poland: Jan Paweł II; Bahasa Itali: Giovanni Paolo II), kadang kala dipanggil Saint John Paul atau John Paul yang Hebat , nama lahir: Karol Józef Wojtyła (18 Mei 1920 – 2 April 2005), ialah Paus yang ke-264 Gereja Katolik Rom dari 16 Oktober 1978 sehingga kematiannya pada 2005. Sebagai warganegara Poland, beliau merupakan paus pertama yang dilantik bukan dalam kalangan warganegara Itali dalam masa 455 tahun[1] sejak Paus Adrian VI, yang meninggal pada tahun 1523.Beliau ialah paus pertama yang melawat Rumah Putih[2] serta masjid.[3] Beliau melakukan lawatan lebih banyak daripada mana-mana paus lain sebelumnya di banyak negara seluruh dunia. Beliau juga terkenal kerana memulakan Hari Belia Sedunia yang dilangsungkan setiap tahun. Selepas beliau dibeatifikasi tidak lama selepas kematiannya, gelaran beliau diubah kepada John Paul II yang Diberkati. John Paul II telah dikanonkan oleh Paus Francis pada 27 April 2014, seterusnya memberi pengiktirafan kepada Paus Poland tersebut sebagai seorang santo - yakni digelar Santo John Paul II.[4]