Sejarah Paya_Jaras

Paya Jaras dibuka pada awal 1930an. Nama 'Paya' diberi dari kawasan kampung yang berpaya sepanjang sungai Sungai Buloh yang meliputi kawasan kampung pada waktu itu, manakala nama 'Jaras' pula diberi dari nama pokok spesis bakau yang banyak terdapat kawasan paya di kampung ini. Ketua kampung pertama memotong pokok itu kepada empat bahagian, mewakili empat kampung yang diberi nama Paya Jaras Tengah, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Hulu dan Paya Jaras Hilir. Gelaran Ketua Kampung ialah 'Tok'; contohnya Ketua Kampong Paya Jaras Hilir digelar Tok Empat (4).

Ketua Kampung pertama yang membuka kampung Paya Jaras ialah Baie bin Duawan, berketurun Melayu Minang berasal dari Padang, Indonesia yang telah datang ke Malaysia sekitar awal 20-an. Sempena mengingati pengorbanan dan jasa beliau, sebatang jalan mengabadikan namanya, iaitu Jalan Haji Baie yang terletak di Kampung Paya Jaras Hulu.

Kini Paya Jaras mempunyai hampir 70 ribu penduduk yang majoriti berbangsa Melayu, dan ditadbir di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras sekarang ialah YB Khairuddin Othman parti PKR