Penggunaan Pecahan

Pecahan lebih banyak digunakan apabila penyebutnya kecil. Adalah mudah untuk mendarab 32 dengan 3⁄16, berbanding mendarabnya dengan nombor perpuluhan untuk pecahan tersebut, (0.1875). Adalah juga lebih tepat mendarab 15 dengan 1⁄3, berbanding mendarabnya dengan nombor perpuluhan untuk satu pertiga (0.333...). Untuk mengubah satu pecahan menjadi nombor perpuluhan, bahagikan pengangka dengan penyebut, dan bundarkan kepada ketepatan yang diingini.