Pedang
Pedang

Pedang

Pedang [pĕ-dang] adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang baik pada satu sisi sahaja mahupun dua. Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau keluli; namun batu lain yang sama tahan dan keras juga memadai dalam keadaan tertentu (misalnya senjata bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan zaman pra-Columbus. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya.Pedang biasanya dilihat lebih unggul berbanding senjata-senjata lain oleh sesetengah budaya dunia sehingga ia turut menjadi lambang kekuasaan; ada sesetengah pedang yang dihiasi logam mahal seperti emas permata yang digunakan sebagai hiasan sahaja.