Pediatrik
Pediatrik

Pediatrik

Pediatrik (pediatrics, dari perkataan Yunani purba, παῖς (pais, "anak") dan ἰατρός (iatros, "doktor")) merupakan cabang perubatan yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak.Secara umumnya, pediatrik berbeza berbanding perubatan terhadap orang dewasa disebabkan oleh perbezaan fizikal dan kematangan serta pertubuhan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Selain itu, bentuk badan kanak-kanak yang lebih kecil juga memiliki fisiologi yang berbeza. Aspek-aspek perubatan lain seperti onkologi dan imunologi juga berbeza dalam pediatrik berbanding perubatan biasa.