Peeves

Peeves ialah watak rekaan dalam siri Harry Potter. Peeves merupakan hantu Hogwarts yang nakal serta suka mengenakan orang. Dia suka memerangkap pelajar dengan menunjukkan mereka tangga yang salah seta membaling dakwat kepada mereka. Dia tidak mendengar masihat sesiapapun kecuali Profesor Dumbledore dan Bloody Baron yang ditakutinya. Peeves amat dibenci oleh Filch, penjaga Hogwarts yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan serta keselamatan sekolah itu. Selain membuat sepak, Peeves telah banyak kali mengunci Puan Norris, kucing Filch di dalam baju besi untuk menyakitkan hati lelaki tersebut.Semasa tahun kedua Harry, Sir Nicholas de Mimsy Porpington telah menghasut Peeves merempuh bangunan untuk membantu melepaskan Harry yang ditahan Filch kerana mengotorkan lantai dengan lumpur. Pada tahun ketiga di Hogwarts, Profesor Lupin telah mengenakan Sumpahan Pengikat Lidah kepada Peeves yang enggan memberi laluan kepadanya. Walaupun begitu, Harry semakin menyukai Peeves apabila hantu itu telah membantu para pelajar menimbulkan kekacauan semasa pemerintahan Profesor Umbridge, pengetua Hogwarts yang baru setelah Kementerian Sihir yang diketuai oleh Encik Fudge menghalau Professor Dumbledore. Antara tingkah laku Peeves semasa cuba menjatuhkan kedudukan Professor Umbridge adalah dengan menjugel obor yang menyala di atas kepala para pelajar, melepaskan labah-labah semasa sarapan dan membuat bunyi yang kurang sopan semasa Professor Umbridge bercakap. Professor Umbridge akhirnya meminta Encik Fudge menandatangani Arahan Pengusiran Peeves namun tidak berjaya kerana tampuk pemerintahan telah dikembalikan kepada Professor Dumbledore sebelum Peeves berjaya diusir. Semasa Perang Hogwarts, Professor McGonagall telah meminta Filch mencari Peeves. Peeves telah membantu mereka mempertahankan Hogwarts dengan mencampakkan lenggai Snargaluff ke atas kepala para Death Eather.Harry Potter | Ron Weasley | Hermione Granger | Albus Dumbledore | Severus Snape | Lord Voldemort People:
Sirius Black | Regulus Black | Phineas Nigellus Black | Fleur Delacour | Aberforth Dumbledore | Bellatrix Lestrange | Remus Lupin | Draco Malfoy | Lucius Malfoy | Narcissa Malfoy | James Potter | Lily Potter | Nymphadora Tonks | Arthur Weasley | Bill Weasley | Charlie Weasley | Fred dan George Weasley | Ginny Weasley | Molly Weasley | Percy Weasley
Keluarga:
Keluarga Black | Keluarga Dumbledore | Keluarga Dursley | Keluarga Gaunt | Keluarga Lupin | Keluarga Malfoy | Keluarga Potter | Keluarga Riddle | Keluarga Snape | Keluarga Weasley Staf | Pengasas | Hantu
Pelajar:
Cho Chang | Cedric Diggory | Neville Longbottom | Luna Lovegood
Organisasi:
Tentera Dumbledore | Skuad Penyoalsiasat | Kelab Slug | Pasukan Quidditch Hogwarts | S.P.E.W.
Staf:
Argus Filch | Filius Flitwick | Rubeus Hagrid | Minerva McGonagall | Horace Slughorn | Pomona Sprout | Sybill Trelawney Barty Crouch Sr | Cornelius Fudge | Alastor Moody | Rufus Scrimgeour | Kingsley Shacklebolt | Dolores Umbridge Orang:
Barty Crouch Jr | Gellert Grindelwald | Igor Karkaroff | Viktor Krum | Gilderoy Lockhart | Myrtle Mengerang | Encik Ollivander | Peter Pettigrew | Quirinus Quirrell | Rita Skeeter
Makhluk:
Boggart | Dementor | Pari-pari rumah | Goblin | Hantu | Inferius | Testral | Trol | Serigala jadian
Basilisk | Buckbeak | Crookshanks | Dobby | Fawkes | Firenze | Griphook | Hedwig | Kreacher | Nagini | Peeves

Kumpulan dan persatuan:
Animagus | Death Eater | Penjarah | Kumpulan Phoenix | Potret |