Pekak_(filem)

Pekak (Tulisan Jawi: ڤكق) ialah sebuah filem cinta yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor dan menampilkan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar. Filem ini merupakan filem pertama Mohd Khairul Azri Md Noor. Filem ini mengisahkan seorang pengedar dadah bernama Uda (Zahiril Adzim) yang cacat pendengaran. Uda menggapai cita-cita untuk kembali mendengar, yang mana dia akhirnya terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya. Takdir telah menemukan Uda dengan Dara (Sharifah Amani), seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Hubungan yang luar biasa ini menerbitkan bibit-bibit cinta antara mereka, namun mereka terpaksa menghadapi cabaran dunia yang penuh dengan keganasan, seks, dan dadah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 September 2016.

Rujukan

WikiPedia: Pekak_(filem) http://www.dailyseni.com/v4/pekak/ http://www.dailyseni.com/v4/review-risque-gut-wren... http://ehgosheep.com/ulasan-filem-pekak-riuh-ghair... http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/... http://www.imdb.com/title/tt4810104/ http://www.rotikaya.com/zahiril-adzim-berguru-deng... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-re... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.thevocket.com/review-filem-pekak-2016/ http://www.timeout.com/kuala-lumpur/film/pekak-fil...