Pekan_Air_Panas

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).Majoriti penduduk di sini ialah kaum Cina dan juga komuniti masyarakat Melayu. Selain daripada itu juga disini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok dan juga di pekan ini terdapat ladang buah mata kucing yang banyak.