Pekin_Ibrahim
Pekin_Ibrahim

Pekin_Ibrahim

Mohd Iznan "Pekin" Ibrahim (lahir 25 Oktober 1981)[lower-alpha 1] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia.[1][2] Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya Di Ambang Misteri (2004), diikuti oleh beberapa filem berikut termasuk Cinta Terakhir (2009), Skrip 7707 (2009), Al-Hijab (2011), Bunohan (2012), Paku Pontianak (2013), Cerita Kita (2013), Coverina (2015), Kampung Drift (2016) dan Volkswagen Kuning (2016). Kredit filem beliau yang lain termasuk komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), komedi muzikal Rock Oo! (2013), Lagenda Budak Hostel (2013), Tokan (2013), drama cereka sains Apokalips X (2014), Ophilia (2014), thriler seram Villa Nabila (2015),[3] Juvana 2 (2015), Jejak Warriors (2015),[4] drama aksi komedi Mat Moto (2016)[5][6] dan seram ghaib Munafik (2016).Beliau mencapai banyak kejayaan pada 2016 apabila beliau telah memenangi Festival Filem Malaysia ke-28 melalui filemnya, Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit bagi Pelakon Lelaki Terbaik, menewaskan calon lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Aaron Aziz. Beliau juga berbakat dalam tarian dan muzik kerana pernah menganggotai kumpulan B-Boys dan Sevenwords.[7][8] Selain itu, Pekin juga bergiat aktif di teater dan telah menjayakan pementasan teater termasuk Tattoo Gestapo (2012) dan Dendam Laksamana (2017).

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pekin_Ibrahim http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/superbike-bm... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pekin-ibr... http://www.beritasini.com/2013/10/pekin-ibrahim-ne... http://www.budiey.com/pekin-lancar-buku-memoir-buk... http://www.budiey.com/pekin-undang-kontroversi-jad... http://www.budiey.com/tattoo-gestapo-teater-saya-i... http://www.imdb.com/name/nm1932988/ http://www.imdb.com/title/tt4124122/ http://www.rotikaya.com/pekin-ibrahim-malas-bercak... http://www.rotikaya.com/pekin-ibrahim-saya-ada-buk...