Pelakon_Filem_Lelaki_Popular_(ABPBH)

Pelakon Filem Popular merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh Berita Harian yang mengiktiraf populariti pelakon filem yang telah memberikan persembahan menerusi tayangan filem cereka yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan pelakon filem dalam kategori ini telah ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat pelakon filem kegemaran masing-masing.