Pelalian
Pelalian

Pelalian

Pelalian, pengimunan, atau imunisasi ialah proses yang melibatkan sistem imun individu yang dikebalkan melawan agen (dikenali sebagai imunogen).Pelalian dilaksanakan melalui pelbagai cara, salah satu cara yang paling utama iaitu vaksinasi. Vaksin yang bertindak terhadap mikroorganisme penyebab penyakit dapat membantu sistem imun badan manusia bersedia melawan atau mencegah sebarang jangkitan yang mendatang.Ada juga molekul-molekul lain yang dapat digunakan sebagai bahan pelali seperti vaksin eksperimental NicVAX melawan ketagihan nikotin atau ghrelin sebagai suatu percubaan merawat obesiti.