Pelancapan
Pelancapan

Pelancapan

Pelancapan, onani atau masturbasi (bahasa Inggeris: Masturbation) merujuk pada perangsangan seks seseorang melibatkan sentuhan pada alat kelamin sendiri dan untuk mencapai puncak syahwat sama ada ia dilakukan dengan tangan, sentuhan bahagian badan lain (kecuali hubungan seks), benda atau alat khusus ataupun dengan menggabungkan kesemua cara-cara ini.[1] Pelancapan adalah perbuatan autoerotikisme paling lazim.Perlakuan ini telah diketahui melalui penggambaran dalam seni sejak zaman prasejarah dan turut disebutkan dan dibincangkan dalam tulisan-tulisan awal. Pada abad ke-18 dan ke-19, sesetengah ahli teologi dan pakar perubatan Eropah menggambarkannya sebagai "kejam", "menyedihkan", dan "mengerikan", tetapi pada abad ke-20, pantang larang ini secara amnya merosot. Terdapat peningkatan dalam perbincangan dan penggambaran pelancapan dalam seni, muzik popular, televisyen, filem, dan kesusasteraan. Hari ini, agama-agama mempunyai pandangan yang berbeza tentang pelancapan; sesetengah melihatnya sebagai amalan yang memudaratkan secara rohani, sesetengah melihatnya sebagai tidak menjejaskan rohani, dan lain-lain mengambil pandangan keadaan situasi. Status undang-undang pelancapan juga berubah mengikut sejarah dan melancap di khalayak ramai adalah haram di kebanyakan negara.[2]Di dunia Barat, pelancapan secara peribadi atau dengan pasangan umumnya dianggap sebagai aktiviti yang normal dan sihat untuk keseronokan seksual. Pelancapan haiwan telah diperhatikan pada banyak spesis, kedua-duanya di hutan rimba dan yang ditangkap.[3][4][5]