Peluru_berpandu_anti_kereta_kebal
Peluru_berpandu_anti_kereta_kebal

Peluru_berpandu_anti_kereta_kebal

Peluru berpandu anti kereta kebal atau senjata panduan anti kereta kebal merupakan sebuah peluru berpandu yang direka untuk menembak dan memusnahkan kereta kebal dan kenderaan tempur berperisai. Saiz peluru berpandu anti kereta kebal boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz antaranya;Penggunaan peluru berpandu anti kereta kebal bersaiz kecil, mudah dibawa dengan kepala peledak berkuasa tinggi ke medan pertempuran moden telah memberi keupayaan kepada anggota tentera infantri untuk memusnahkan kenderaan berperisai, termasuk sebuah kereta kebal utama pada jarak jauh, dengan hanya satu tembakan. Senjata anti kereta kebal terdahulu seperti raifal anti kereta kebal, roket anti kereta kebal dan periuk api anti kereta kebal bermagnet memiliki keupayaan menembusi perisai yang terhad dan juga menghendaki seseorang anggota tentera berada hampir dengan sasaran.Senjata anti kereta kebal terdahulu juga Carl Gustav dan RPG tidak dikira sebagai sebahagian dari peluru berpandu anti kereta kebal kerana pelurunya tidak boleh dikawal.