Pemacu_kilat_USB
Pemacu_kilat_USB

Pemacu_kilat_USB

Pemacu kilat USB ialah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,[4] disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudah alih lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh menyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh sistem pengendalian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux.Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam poket. Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A agar pemacu-pemacu ini boleh disambung terus ke komputer. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.Istilah pemacu digunakan kerana komputer membaca dan menulis data pada pemacu kilat dengan menggunakan perintah sistem yang sama seperti cakera keras mekanikal biasa, dengan peranti storan dipaparkan pada sistem pengendalian dan antaramuka grafik pengguna komputer sekadar seperti pemacu keras yang lain.[3]

Berkaitan