Pemangkinan
Pemangkinan

Pemangkinan

Pemangkinan adalah perubahan dalam kadar tindak balas sesuatu tindak balas kimia yang disebabkan oleh suatu bahan yang dinamakan mangkin. Mangkin adalah berbeza daripada reagen-reagen kimia lain dalam suatu tindak balas kimia, iaitu ia tidak termakan oleh tindak balas tersebut. Mangkin boleh terlibat dalam beberapa transformasi kimia. Mangkin yang mempercepatkan kadar tindak balas adalah dinamakan mangkin positif. Mangkin yang melembapkan kadar tindak balas dipanggil mangkin negatif, atau perencat. Bahan yang meningkatkan keaktifan mangkin dipanggil penggalak manakala bahan yang menyahaktifkan mangkin dipanggil racun mangkin. Tenaga pengaktifan bagi suatu tindak balas bermangkin adalah lebih rendah berbanding dengan tindak balas tanpa mangkin, dan ini menyebabkan kadar tindak balasnya lebih tinggi pada suhu yang sama. Penjelasan mekanistik pemangkinan pula lebih rumit. Mangkin boleh sama adaTindak balas bermangkin, dari segi kinetiknya, bersifat seperti tindak-tindak balas kimia yang biasa, iaitu kadar tindak balasnya bergantung dengan kekerapan pelanggaran zat-zat tindak balas dalam suatu tahap penentu kadar. Mangkin pada kebiasaannya terlibat semasa tahap penentu kadar (tahap yang melambatkan tindak balas), dan kadar ini pula dihadkan oleh bilangan mangkin dan "keaktifan" mangkin. Dalam mangkin heterogen, peresapan reagen-reagen ke permukaan mangkin dan pembauran hasil tindak balas jauh daripada permukaan mangkin boleh menjadi penentu kadar tindak balas. Keadaan-keadaan serupa yang berkait dengan pelekapan substrat dan penceraian hasil-hasil tindak balas juga boleh dikaitkan dengan mangkin homogen. Walaupun mangkin tidak dimakan oleh sesuatu tindak balas, namun ia boleh direncat, dinyahaktif atau dimusnahkan oleh proses sekunder. Bagi mangkin heterogen, proses sekunder seperti pengekokan terjadi apabila mangkin diselaputi hasil-hasil sampingan berpolimer. Tambahan lagi, mangkin heterogen boleh terlarut dalam larutan dalam sistem pepejal dan cecair atau tersejat dalam sistem pepejal dan gas.