Pemasak_nasi
Pemasak_nasi

Pemasak_nasi

Pemasak nasi adalah sejenis peralatan dapur yang digunakan khusus untuk memasak nasi ataupun bubur secara automatik. Ia terdiri daripada punca haba, periuk nasi, dan termostat yang menyukat suhu periuk dan mengawal haba. Periuk nasi yang lebih canggih mempunyai lebih banyak penderia dan komponen, serta bersifat serba guna dengan penambahan fungsi-fungsi istimewa yang lain.Secara amnya, pemasak nasi automatik terbahagi kepada dua jenis utama mengikut jenis punca haba, iaitu periuk nasi elektrik dan periuk nasi gas.