Pembahagian_India
Pembahagian_India

Pembahagian_India

Pembahagian India (Bahasa Hindi: भारत का विभाजन Bhārat ka vibhajan), (Urdu: تقسیمِ بھارت‎ Taqsim-e-Bharat), (Bahasa Panjabi: ਭਾਰਤ ਦਾ ਬਟਵਾਰਾ Bhārat dā ban̐ṭvārā) adalah satu pembahagian wilayah British India dengan asalan demografi agama yang mencetus kepada kemerdekaan negeri-negeri di dalam kekuasaan Pakistan (kemudian Republik Islam Pakistan dan Republik Rakyat Bangladesh) dan Kesatuan India sekular (kemudian Republik India) pada 15 Ogos 1947.Pembahagian ini terjadi ekoran penyebaran Akta Kemerdekaan India 1947 yang menyaksikan pembubaran Empayar British India. Pembahagian ini menyaksikan penghijrahan sehingga 12.5 juta orang dari bekas Empayar British India, dengan anggran kehilangan jiwa di antara beberapa ratus ribu hingga sejuta.[1] Keganasan yang wujud semasa pembahagian ini mewujudkan sikap permusuhan dan syak wasangka di antara India dan Pakistan yang mana menjadi penyebab kepada hubungan mereka sehingga ke hari ini.Pembahagian India termasuk geografi divisyen wilayah Bengal di dalam British India kepada Pakistan Timur dan Bengal Barat (India), dan pembahagian serupa di wilayah Punjab kepada Punjab Barat (kemudian Punjab Pakistan dan Wilayah Ibunegara Islamabad) dan Punjab Timur (kemudian Punjab India, Haryana dan Himachal Pradesh). Perjanjian pembahagian juga termasuk aset divisyen negeri, termasuk Tentera Darat British India, Perkhidmatan Awam India dan perkhidmatan pentadbiran lain-lain, keretapi India, dan perbendaharaan pusat.Selepas kejadian pembahagian, negeri-negeri beraja di India, yang mana tidak termasuk di dalam Akta Kemerdekaan India 1947 memilih sama ada menyertai India, Pakistan atau kekal bebas,[2] atau bergabung di dalam sebuah kekuasaan baru. Pemilihan di dalam persoalan ini mempunyai hubungkait dengan Jammu dan Kashmir yang menyebabkan Perang India-Pakistan 1947 dan perang dan konflik di antara India dan Pakistan yang lain-lain.[3]

Pembahagian_India

Denmark di India 1620–1869
Negeri beraja 1765–1947
British Raj 1858–1947
Pembahagian India 1947
Perancis di India 1759–1954
Belanda di India 1605–1825
Syarikat India Timur 1612–1757
Pemerintahan syarikat di India 1757–1857
Portugal di India 1510–1961
Pemerintahan British di Burma 1824–1867