Malaysia Pembantu rumah China

Majikan Cina di Malaysia memerlukan pembantu rumah dari negara China semakin meningkat. Ini kerana pembantu rumah Indonesia menimbulkan pelbagai masalah seperti perbezaan agama, budaya, bahasa , makanan dan sebagainya. Di dada-dada akhbar seringkali dilaporkan majikan Cina menyeksa pembantu rumah Indonesia menggunakan sterika, lesung batu dan sebagainya.

Pada 26 Julai 2009, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berunding dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) bagi meminimumkan masalah penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia yang berpunca daripada masalah bahasa, budaya dan agama.

Pada 23 Jun 2009, Presiden PAPA, Datuk Raja Zulkepley Dahalan menyatakan dasar kerajaan Malaysia ialah tidak membenarkan kemasukan pembantu rumah dari China.Namun terdapat 17 pembantu rumah dari China dibawa bekerja di negara ini atas permintaan khas pihak majikan. [1]

Sekarangpun masyarakat Cina bimbang pembantu rumah China akan berkahwin dengan majikan , mendapat kerakyatan Malaysia, lari dan bekerja sebagai pelacur, GRO dan pelbagai pekerjaan yang menutup peluang rakyat tempatan. Selain itu masalah demografi dan perseimbangan bilangan penduduk berasaskan kaum akan meningkat.