Pembantu_pengadil_video

Pembantu pengadil video (video assistant referee, VAR) adalah pembantu pengadil bola sepak yang mengesahkan keputusan dibuat ketua pengadil menggunakan rakaman video dan set fon kepala untuk tujuan komunikasi.Sistem ini dicetuskan dalam suatu projek khas Refereeing 2.0 di bawah Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda di awal tahun 2010-an.[1] Sistem ini mula diuji melalui ujian olok-olok semasa Eredivisie musim 2012-2013. KNVB kemudiannya mengajukan petisyen kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) agar undang-undang permainan dipinda untuk memungkinkan pengujian lanjutan sistem tersebut secara lebih meluasnya.[2] Kemudahan ini telah ditulis ke dalam Undang-Undang Permainan IFAB setelah ujian percubaan dijalankan dalam beberapa pertandingan utama.[3]