Pembasmian_kaum

Pembasmian kaum (juga Mal. genosid, Ind. genosida) ialah satu bentuk jenayah yang bertujuan untuk menghapuskan kewujudan sesuatu suku-kaum manusia. Pada lazimnya tema ini merujuk kepada tindakan pembasmian suku-kaum tertentu yang terancang dan berorganisasi.Konsep jenayah ini pertama kali digambarkan secara jelas oleh seorang peguam dan cendekiawan perundangan Poland, Raphael Lemkin, pada tahun 1944 dalam bukunya Axis Rule in Occupied Europe yang diterbitkan di Amerika Syarikat - kata yang menggambarkan jenayah ini, genocide diambil hasil gabungan kata bahasa Yunani γένος genos ('ras', 'bangsa' atau 'rakyat') dan kata bahasa Latin caedere ('pembunuhan').[1][2][3][4][5]