Ringkasan Pemburu_Bayang

Zamri ialah seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak dan isterinya. Malangnya, Zamri kini menjadi buruan sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon. Sementara itu, adik Zamri bernama Awie merupakan seorang penyanyi kumpulan rock popular dan tinggal bersama ayah mereka, pesara tentera bernama Ahmad. Awie mempunyai hubungan cinta dengan Ella yang juga seorang penyanyi rock. Namun begitu, kemunculan peminat setia Awie bernama Ruby telah meretakkan hubungan Awie dengan Ella. Apabila Awie dan Ruby ditangkap atas tuduhan berkhalwat, hubungan Awie dan Ella terus putus. Zamri pula terus diburu dan diugut oleh kumpulan haram tersebut hinggalah pada suatu hari, isteri Zamri dibunuh dengan kejam. Ayah Zamri begitu tertekan dengan tragedi yang menimpa keluarganya dan mengesyaki sesuatu rahsia di sebalik kejadian tersebut.