Pemiawaian

Penstandardan atau Pemiawaian (bahasa Inggeris: Standardization) merupakan proses penentuan spesifikasi, iaitu standard dalam kalangan entiti yang bersaing dalam pasaran, terutamanya dalam bidang teknologi dan industri. Penstandardan membawa kebaikan tanpa mengurangkan persaingan antara entiti-entiti tersebut.[1] Contoh penstandardan ialah penggunaan sistem metrik dalam pengukuran di seluruh dunia secara rasmi. Penstandardan juga boleh dilihat sebagai garis panduan yang dipersetujui semua pihak dalam melakukan sesuatu perkara, contohnya menghasilkan sebuah produk dalam bidang perindustrian. Badan antarabangsa yang mengendalikan dan menentukan penstandardan antarabangsa ialah ISO (Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa).