Pemindahan_organ
Pemindahan_organ

Pemindahan_organ

Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang. Penderma dan penerima mungkin berada di lokasi yang sama, atau organ-organ barangkali diangkut dari tempat pendermaan ke lokasi lain. Organ-organ dan/atau tisu yang dipindahkan dalam tubuh badan yang sama dipanggil "autocantuman" atau "autograf" (daripada autograft). Pemindahan yang dilakukan antara dua individu daripada spesies yang sama dipanggil "alocantuman" atau "alograf". Alocantuman ini boleh diperolehi dairipada sumber yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.Organ-organ yang telah berjaya dipindahkan termasuk jantung, buah pinggang, hati, paru-paru, pankreas, usus, dan timus. Beberapa organ tertentu seperti otak tidak boleh dipindahkan. Tisu termasuk tulang, tendon (kedua-duanya disebut sebagai cantuman otot tulang atau musculoskeletal graft), korneakulit, injap jantung, saraf dan urat. Buah pinggang adalah organ yang paling biasa dipindahkan dalam pembedahan di seluruh dunia, diikuti oleh hati dan kemudian jantung. Cantuman kornea dan otot tulang adalah tisu yang paling biasa dipindahkan melebihi prosedur transplantasi organ lain sebanyak lebih dari sepuluh kali.Organ diperolehi daripada penderma sama ada individu yang masih hidup, mati otak, atau mati melalui penghentian peredaran darah.[1] Tisu mungkin diperolehi daripada penderma yang mati peredaran darah, serta kematian otak – sehingga 24 jam selepas terhentinya degupan jantung. Tidak seperti organ-organ, kebanyakan tisu (kecuali kornea) boleh diawet dan disimpan sehingga lima tahun lamanya. Proses pemindahan ini telah menimbulkan beberapa isu bioetika termasuk pentakrifan kematian, bilakah dan bagaimana persetujuan harus diberikan untuk organ penderma sebelum ia dipindahkan, dan pembayaran untuk organ-organ ulyang bakal dipindahkan.[2][3] Isu-isu etika lain termasuk pelancongan berasaskan pemindahan organ serta juga konteks sosioekonomi di mana pemindahan sebegini boleh berlaku dalam skop yang lebih meluas, terutamanya isu penyeludupan organ.[4]

Pemindahan_organ

MeSH D016377
Lain-lain kod: {{{OtherCodes}}}