Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia
Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia

Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu beliau bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku. Beliau juga sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39% sementara bukan Melayu 51% dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan.[perlu rujukan] Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia - menurut Lee - mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor mempunyai darah campuran keturunan Arab. Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.Sebaliknya, Lee Kuan Yew menguar-uarkan konsep "Malaysian Malaysia" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.Sebelum tahun 1963, PAP hanya bertanding di Singapura dan Perikatan bertanding di Semenanjung. Tetapi pada tahun 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada tahun 1964 pula, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihanraya persekutuan di Semenanjung bagi merebut kerusi MCA. Parti itu berjaya memperolehi satu kerusi di Bangsar oleh Devan Nair.UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Namun Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang berkuasa dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya beliau berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui meluaskan peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan untuk mereka.Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Pada bulan Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu di Singapura. Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan untuk merayakan Hari Lahir Nabi Muhammad di jalan-jalanraya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina. Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Pada bulan September 1964 pula, sekali lagi pergaduhan berlaku, 8 terbunuh dan 60 cedera.Semua kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dahsyat lagi.Arahan dari Kuala Lumpur supaya Radio Televisyen Singapura (RTS) diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Persekutuan pada awal tahun 1965 juga diingkari Lee Kuan Yew kerana polisi penyiaran RTS bercanggah dengan aspirasi Malaysia ketika itu. Siaran RTM yang terhad di kawasan tengah Semenanjung berorientasikan Melayu sementara siaran RTS yang agak kebaratan meliputi kawasan selatan seluruh Johor dan sebahagian Melaka. Apabila RTS menyiarkan berita dalam 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin di dua saluran TV berbanding RTM yang masih dalam satu bahasa, ia sebenarnya satu provokasi terhadap dasar "bangsa Malaysia" yang cuba diterap Tunku dan arahan Lee Kuan Yew ke atas RTS berkait rapat dengan konsep "Malaysian Malaysia"nya.Berita berbahasa Melayu TV Singapura disiarkan pada jam 7 malam di saluran 8. Dalam petikan berita 1 Mei muka surat 3 akhbar berbahasa Melayu memetik SINGAPURA, Jumaat - mulai esok TV Malaysia (Singapura) akan menyiarkan siaran warta beritanya setiap hari dalam empat bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris. Siaran warta berita dalam bahasa Melayu akan dipaparkan melalui saluran 8 setiap hari pada pukul 7 malam. Siaran berita TV berahasa Melayu pula disiarkan pada pukul 7.10 malam melalui saluran 8 pada setiap hari Rabu dan Sabtu sahaja.Sama ada disengajakan atau tidak pada akhbar yang sama bertarikh 7 Ogos TV Malaysia di ruangan susunan rancangan TV muka surat 8 ditulis sebagai TV Malaya merujuk TV Malaysia beberapa hari sebelum Singapura keluar dari Malaysia.