Pemisahan_di_antara_agama_dan_negara
Pemisahan_di_antara_agama_dan_negara

Pemisahan_di_antara_agama_dan_negara

Pemisahan di antara agama dan negara merupakan doktrin politik dan perundangan bahawa institusi kerajaan dan agama hendaklah dipisahkan dan bebas daripada pengaruh masing-masing.[1] Istilah ini selalu digunakan untuk merujuk kepada gabungan dua prinsip: kesekularan kerajaan dan kebebasan mengamalkan agama.[2]Frasa pemisahan di antara gereja dan negara secara umum mula digunakan dalam surat yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada tahun 1802 kepada penganut baptis Danburry, di mana beliau merujuk kepada Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat yang mewujudkan "dinding pemisah" di antara gereja dan negara.[3] Frasa ini disebut dalam Mahkamah Agung Amerika Syarikat pertama kali pada tahun 1878,[4] dan dalam beberapa siri kes bermula pada tahun 1948.[5] Ini membawa kepada kepopularan dan diskusi politik tentang konsepnya.Konsep ini diambil oleh banyak negara dalam bentuk yang pelbagai daripada struktur perundangan yang dipakai kepada pandangan tentang tugas agama dalam masyarakat. Prinsip yang sama seperti laïcité juga diguna pakai di Perancis dan Turki sementara beberapa negara sekular seperti Norway masih mengekalkan agama rasmi dalam perlembagaan. Konsep ini selari dengan idea-idea sosial dan politik lain termasuk sekularisme, kebebasan beragama dan pluralisme agama.