Penaklukan_Islam_ke_atas_Parsi
Penaklukan_Islam_ke_atas_Parsi

Penaklukan_Islam_ke_atas_Parsi

Jaban †
Mihran †
Hormuzan
Mardan Shah †
Bahram
Isandir
Karinz ibn Karianz
Wahman Mardanshah
Jalinus†
BeerzanKhalid ibn Walid
Muthana ibn Haris †
Khalifah Umar
Abu Ubaid †
Saad ibn Abi Waqqas
Zuhra ibn Al-Hawiyya †
Hashim ibn Uthba
Qa’qa ibn Amr
Abu Musa Ashaari
Ammar ibn Yasir
Nouman ibn Muqarrin
Hudheifa ibn Al Yaman
Mugheera ibn Shuba
Usman ibn Abi al-Aas
Asim ibn Amr
Ahnaf ibn Qais
Abdullah ibn AamirPerang Berantai – Perang Sungai – Perang Walaja – Perang Ullais – Perang Hirah – Perang Ainul Tamar – Daumat-ul-Jandal – Perang Muzayyah – Saniyy – Zumail – Perang Firaz – Perang Jambatan – Perang al-Qadisiyyah – Ctesiphon – Jalula – Perang Nihawand – Herat – Rasil – Oxus RiverTemplat:History of ICCPenaklukan Islam ke atas Parsi membawa kepada penamatan Empayar Sassanid pada tahun 644, kejatuhan dinasti Sassanid pada tahun 651 dan akhirnya kejatuhan agama Zoroastrianisme di Parsi. Arab pertama kali memasuki wilayah Sassanid pada tahun 633, apabila Jeneral Khalid ibn Walid menyerang wilayah yang kini adalah Iraq. Berikutan perpindahan Khalid ke perbatasan Rom di Levant, Muslim akhirnya kalah akan serangan balas yang dilakukan oleh Parsi. Serangan kedua bermula pada tahun 636 di bawah pimpinan Saad ibn Abi Waqqas, apabila kemenangan penting dalam Pertempuran Qadisiyyah membawa penamat mutlak kawalan Sassanid di barat Parsi. Pergunungan Zagros kemudian menjadi benteng semulajadi dan sempadan di antara wilayah Khulafa al-Rasyidin dan Empayar Sassanid. Di sebabkan serangan berterusan Parsi di kawasan ini, Khalifah Umar memerintahkan satu serangan penuh ke atas Empayar Sassanid pada tahun 642, yang mana disudahkan dengan kemenangan sepenuhnya ke atas Empayar Sassanid pada pertengahan tahun 644. Penaklukan pantas ke atas Parsi dalam satu siri serangan pelbagai penjuru dan dikoordinasi dengan baik, diarahkan oleh Khalifah Umar daripada Madinah beberapa ribu batu jauh dari medan pertempuran di Parsi, menjadi kemenangan besar beliau, menyumbang kepada reputasi beliau sebagai seorang ahli strategi politik dan tentera yang bijak.[1]