Empayar Byzantine (Rom Timur)Syria –
Armenia –
Mesir –
Afrika Utara –
Cyprus –
Constantinople –
Georgia –
Crete –
Sicily –
Selatan ItaliEmpayar Sassanid ParsiMesopotamia –
Parsi –
Afghanistan –
Lembah IndusKhanate Khazar TurkicKaukasus –
Volga River –
AzerbaijanKerajaan Visigoth (Hispania)Empayar Frankish (Gaul)Empayar Tang China (Asia Tengah)Penaklukan Islam (632–732), (
Bahasa Arab: الفتوحات الإسلامية,
al-Fatūḥāt al-Islāmiyya) juga merujuk kepada
Penaklukan oleh Orang Islam atau
Penaklukan Arab,
[1] ke atas orang bukan Arab bermula selepas kewafatan
Nabi Muhammad. Baginda mewujudkan sebuah kesatuan baru di
Semenanjung Arab diikuti dengan
Khulafa al-Rasyidin dan
Kerajaan Bani Umayyah melihat pengembangan pantas kuasa
Muslim.Mereka berkembang melewati
Semenanjung Arab dan membentuk empayar Islam yang mempengaruhi wilayah luas dari perbatasan negeri
China dan benua kecil
India, merentasi
Asia Tengah,
Timur Tengah,
Afrika Utara,
Sicily, dan
Semenanjung Iberia hinggalah ke
banjaran Pyrenees. Sejarawan terkenal, Edward Gibbon menulis di dalam The History of the Decline and Fall of the Roman Empire ("Sejarah Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rom"):Di bawah pemerintah
Umayyah terakhir, empayar Arab berkembang sejauh dua ratus hari perjalanan dari timur ke barat, dari
Tartary dan India ke pantai
Lautan Atlantik. Dan jika kita "memotong lengan jubah" [pendekkan cerita], seperti yang dikatakan penulis mereka, wilayah panjang dan sempit yang dilalui
kafilah. Kita mencari dengan sia-sia kesatuan kuat dan keakuran kerajaan
Augustus dan
Antony; tetapi kemajuan Islam meresapi wilayah luas ini dengan adab dan pendapat yang serupa. Bahasa dan hukum-hukum
al-Qur'an ditelaah dengan kegigihan serupa sama ada di
Samarkand atau di
Seville: orang
Moor dan India berpelukan seperti teman senegeri dan saudara semasa mereka melakukan ibadat Hajidi
Makkah; dan
bahasa Arab diambil sebagai bahasa pertuturan popular di semua wilayah ke barat [sungai]
Tigris.Penaklukan oleh Muslim membawa kepada kejatuhan
Empayar Sasan dan kehilangan wilayah besar bagi
Empayar Byzantine. Sebab-musabab kejayaan Muslim sukar di bina semula jika ditinjau kembali, terutamanya kerana hanya terdapat serpihan sumber rujukan zaman tersebut yang kekal. Kebanyakn ahli sejarah mempercayai bahawa empayar Sasan dan Byzantine Rom lesu dari segi ketenteraan dan ekonomi selepas saling berperang bagi waktu beberapa dasawarsa. Sebab-musabab kejatuhan pantas kerajaan
Visigoth di
Hispania pula sukar masih difahami. Orang
Yahudi dan
Kristian di Parsi serta Yahudi dan pengikut Syariat Nabi Yaakub (Monophysite) di
Syam berasa tidak puas hati dan kadang kala menyambut baik tentera Islam kerana pergesaran agama di kedua-dua empayar.
[2] Dalam kes
Mesir Byzantine,
Palestin dan Syam pula, wilayah-wilayah baharu sahaja ditakluk kembali daripada orang Parsi (Sasan) dan tidak diperintah Byzantine selama lebih daripada 25 tahun.Sejarawan Fred McGraw Donner, bagaimanapun menyarankan bahawa sebab-sebab utama
tentera al-Rasyidin dapat menubuhkan empayar yang besar dalam waktu sekitar 100 tahun adalah penubuhan sebuah negara di semenanjung Arab, kesatuan ideologi (yakni, agama) dan mobilisasi. Anggaran saiz empayar Islam pada zaman Khalifah menggambarkan ia melebihi 13 juta kilometer persegi (lima juta batu persegi) , lebih besar daripada semua negara moden melainkan Rusia.
[3]