Penapisan

Penapisan atau penyensoran disifatkan sebagai penarikan balik dan/atau penahanan maklumat daripada pengetahuan orang awam oleh sebuah badan kawalan ("penapis" atau "sensor").[perlu rujukan]Biasanya, penapisan ini dilakukan baik oleh pihak pemerintah, pertubuhan agama atau media massa dan lain-lain. Penahanan rahsia rasmi, rahsia komersil, harta intelek serta komunikasi peguam-klien istimewa jarang disifatkan sebagai penapisan selagi kaedah yang dilaksanakan tidak melampaui batas-batas tertentu. Oleh sebab itu, istilah "penapisan" sering dikaitkan dengan penyimpanan berrahsia yang tidak diduga, tidak wajar atau bertujuan menindas.Penapisan ini berkait rapat dengan konsep kebebasan bersuara - jika kebebasan ini digunapakai secara berlebihan, maka timbulnya kaitan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia, pemerintahan diktator serta tindakan menindas.Konsep ini adakalanya sering diungkapkan dengan tujuan menyindir lalu menandakan kepercayaan bahawa sekumpulan yang mengawal maklumat tertentu sedang menggunakan kawalan ini secara tidak wajar atau untuk kepentingan diri, atau melarang orang lain daripada mencapai maklumat yang sepatutnya ada (selalunya agar kesimpulan yang dicapai boleh ditentusahkan).