Pencemaran
Pencemaran

Pencemaran

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.[1]Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar(AKAS) 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran ialah perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam manusia atau organisma-organisma lain,iaitu tumbuhan dan haiwan.