Pencernaan atau
penghadaman ialah pemecahan
makanan secara mekanik dan kimia kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mudah diserp ke dalam
salur darah, sebagai contoh. Pencernaan ialah satu bentuk
katabolisme, iaitu pemecahan molekul makanan yang besar kepada yang lebih kecil.Apabila makanan memasuki mulut, pencernaan bermula dengan proses
pengunyahan, iaitu sejenis pencernaah mekanik, dan persentuhan dengan
ludah. Ludah yang dirembeskan oleh
kelenjar ludah mengandungi enzim
amilase ludah yang memulakan pencernaan kanji dalam makanan.Setelah menjalani pengunyahan dan pencernaan kanji, makanan bertukar menjadi bentuk gumpal buburan yang kecil dan bulat iaitu
bolus. Kemudian, bolus menuruni
esofagus ke dalam
perut menerusi tindakan
peristalsis.
Jus gastrik dalam perut mula
mencerna protein. Jus gastrik terdiri daripada
asid hidroklorik dan
pepsin. Oleh sebab dua bahan kimia ini boleh mengakis dinding perut,
mukus dirembeskan oleh perut untuk membentuk lapisan melekit yang bertindak sebagai pelindung daripada kesan kakisan bahan-bahan kimia tersebut. Pada masa yang sama, pencernaan protein sedang dijalankan, pencampuran mekanik berlaku secara
peristalsis iaitu pengecutan otot berulang-ulang yang bergerak di sepanjang dinding perut. Ini membolehkan gumpalan makanan untuk bercampur lagi dengan enzim-enzim pencernaan.Selepas seketika, terhasilnya bendalir pekat yang dipanggil
kimus. Apabila
injap sfinkter pilorus membuka, kimus memasuki
duodenum di mana di bercampur dengan enzim-enzim pencernaan dari
pankreas, kemudian melalui
usus kecil di mana pencernaan bersambung. Apabila kimus dicernakan sepenuhnya, a diserap ke dalam darah. 95% penyeraan nutrien berlaku dalam usus kecil. Air dan mineral diserap semula ke dalam darah di dalam
usus besar di mana pH-nya sedikit berasid pada sekitar 5.6 ~ 6.9. Sesetengah vitamin seperti
biotin dan
vitamin K (K2MK7) yang dihasilkan oleh bakteria di dalam usus besar juga terserap ke dalam darah di usus besar.
[1] Bahan buangan disingkirkan dari
rektum ketika
peninjaan.
[2]