Sinopsis Pendekar_Melayu_Terakhir

Ketika kebebasan bangsa disentak… ketika maruah bangsa dipijak-pijak… ketika hak bangsa dilanyak-lanyak….


Dia muncul mengakhiri semuanya….


Dialah Pendekar Melayu Terakhir!


Namun benarkah beliau yang terakhir?


"Sekiranya orang boleh berbangga dengan kung fu, tomoi, karate dan sebagainya. Kita juga dapat berbangga dengan silat. Komik ini adalah satu bukti usaha memartabatkan silat ke peringkat sejagat."

- Ustaz Imran Azmi, Guru Muda Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9.

www.silatmelayukerislok9.blogspot.com


"Perjuangan saudara Azhar dalam penghasilan komik berjati dirikan Malaysia diteruskan dengan Pendekar Melayu Terakhir. Setiap panel menggambarkan kesungguhan dan kecintaannya terhadap medium ini. Ia pasti dapat dirasai pembaca dengan hasil karya terbaik beliau ini!"

- Aim Ahmad, Urban Comics


"Azhar Abdullah, sekiranya beliau berjuang berterus-terusan begini demi memartabatkan industri komik Malaysia, saya yakin dunia pasti mengiktiraf karyanya sebagai tulen, berani dan bersemangat jati!"

- Faizal Mukhtar, Wazir Manteraworks

www.faizalmukhtar.com